Sunday, May 8, 2011

Al -Fatihah

Terkejut dengan berita yg diterima malam tadi...rasa mcm baru sahaja bertemu dengan allahyarhammah. Tapi apakah daya...allah swt lebih menyayangi beliau. Al-fatihah dihadiahkan kepada Allahyarhammah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dapatlah kiranya sesiapa yang membaca entry ini utk sama2 menghadiahkah al-fatihah buat allahyarhammah.

Allahyarhammah adalah merupakah ibu kepada rakan seperjuangan ku yg sama2 menuntut di Salford Uni...besar sungguh dugaan buat sahabat ku itu dalam perjalanan beliau menuntut ilmu di sini.

Catatan ini khas kutujukan buat beliau...walaupun Akak jauh disini dan tidak dapat bersama-sama dalam waktu kesedihan ini, namun doa senantiasa dipanjatkan agar Miza serta keluarga tabah menghadapi dugaan Allah swt ini. Kuatkan semangat serta jangan lupa kesihatan diri. Selesaikan dahulu segala urusan di sana dan kembali lah ke sini dengan hati yang tenang dan redha dengan ketentuan illahi ini untuk meneruskan kembali perjuangan disini.

Photobucket
Courtesy of google image

2 comments:

belogkiter said...

Alfatihah buat arwah

Fadzli Amir said...

Innalillahiwainnailaihirojiun...Begitulah kehidupan, yg hidup mesti mati....Alfatihah buat allayarhamah....

Salam kenal...